Wednesday, July 20, 2011

HARI KEUSAHAWANAN SKTBB 2011

Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup SKTBB
Tarikh : 21 Julai 2011
Masa : 9.00 - 10.30 pagi


SKTBB telah menganjurkan Hari Keusahawana peringkat sekolah pada hari Khamis, 21 Julai. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid sesi pagi iaitu murid Tahun 1, 4, 5 & 6. Aktiviti yang dijalankan adalah penjualan hasil kerja tangan murid, ikan peliharaan dan sebagainya. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan munasabah. Guru SKTBB juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti ini. Guru-guru berpasangan di antara lelaki dan perempuan untuk membina hasil kerja tangan sama seperti yang dihasilkan murid-murid dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sunday, April 10, 2011

PERTANDINGAN "PUBLIC SPEAKING" PERINGKAT ZON MAJIDI



TARIKH : 9 April 2011
MASA : 8.00 pg – 12.00 tgahari
TEMPAT : Perpustakaan SKTBB

Pada Sabtu yang lepas, SKTBB telah menganjurkan pertandingan “Public Speaking” peringkat Zon Majidi. Pertandingan ini disertai oleh 14 buah sekolah di sekitar zon. Sekolah yang menyertai pertandingan ini adalah
SK TEBRAU BAKAR BATU
SJK(C) FOON YEW 1
SJK(C) FOON YEW 3
SK MAJIDI BARU
SK TANJUNG PUTERI
SK PERUMAHAN TAMPOI 2
SK LARKIN 2
SK SERI MELATI
SJK(C) FOON YEW 4
SK SRI TEBRAU
SK KEMPAS
SK SRI AMAR
SK SULTAN ISMAIL
SK TAMAN PELANGI

Sekolah SKTBB diwakili oleh Aziratul Safira Bt Mohd Azehar dari Kelas 6 Amanah. Pertandingan ini bermula tepat jam 8 pagi dengan pendaftaran. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 25. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu “Section A (Prepared Speech)” dan “Section B (Impromptu Speech)”. Untuk Section A, peserta diminta menyampaikan ucapan yang telah disediakan selama tidak lebih 6 minit. Tajuk adalah bebas. Untuk Section B, tajuk ucapan diberi 4 minit sebelum pembentangan. Peserta diminta mempersembahkan ucapan secara spontan tidak lebih dari 3 minit.
Pertandingan yang memakan masa lebih kurang 3 jam lebih dihakimi oleh 3 orang hakim dari luar Zon Majidi. Hakim pertandingan diketuai oleh Pn Norshamsiah bt Abd Jalil (SK St. Joseph). 2 lagi hakim adala En Rajkumar A/L Palmanaphan ( SJK (T) Padang Rini ) dan Cik Norhayati Adha Bt Hassan ( SK (P) Yahya Awal).
            Setelah dihakimi dan diadili berdasarkan criteria yang ditetapkan, Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Juara:
NICOLE LIM WAY SING dari SJK (C ) Foon Yew
 Kedua:
LIM ZHI SYUEN dari SJK (C ) Foon Yew 1
 Ketiga:
MOHAMAD FAKRUL AIMAN B. SYED AHAMAD SADIK dari SK Kempas.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Juara akan mewakili Zon Majidi ke Peringkat daerah.

Sunday, March 27, 2011

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH

Pada 26 Mac 2011 (Sabtu), SKTBB telah menghantar pasukan bola jaring sekolah. Pasukan ini terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini kerana berjaya menduduki tempat ke-empat. Perlawanan ini bertempat di SK Taman Anggerik. Diharap para pemain sentiasa maju ke depan dan akan meningkatkan prestasi masing-masing. SYABAS!

Thursday, October 14, 2010

Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Peringkat Zon Majidi 2010

Tarikh : 14 Oktober 2010
Masa : 2 – 5 petang
Tempat : Dewan Besar, SKTBB

Pertandingan Nyanyian Sekolah Rendah Zon Majidi 2010 disertai oleh 11 buah sekolah. Peserta dikehendaki menyanyikan lagu irama Malaysia. Peserta yang diwakili oleh guru masing-masing berhias dan mengenakan busana yang sesuai dengan tema pertandingan. Acara dimulakan pada jam 2 petang dengan kata-kata pembukaan. Peserta SKTBB, Munsyi adalah peserta keenam. Para penyokong bersorak memberikan semangat kepada beliau. Berkat kesungguhan dan kegigihan semua pihak yang terlibat, Munsyi andinobatkan sebagai juara Pertandingan Nyanyian Zon Majidi. Tahniah dan syabas diucapkan

Tuesday, August 10, 2010

Bengkel UPSR Didik

Tarikh : 1 Aug - 2 Aug 2010
Masa : 8 pagi
Tempat : UTM, Skudai, Johor.

Seramai 105 calon UPSR diberikan ceramah mengenai teknik-teknik menjawab soalan. Ceramah ini disertai oleh semua calon yang bakal menduduki UPSR pada September nanti. Diharap semua calon dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang dikongsi. Semoga mereka lulus dengan cemerlang. Semoga berjaya! :)

Sembahyang Hajat UPSR 2010

Tarikh : 6 Ogos 2010
Masa : 7 malam - 10 malam
Tempat : Surau & Dewan Kg Bakar Batu

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dijalankan bersama-sama penduduk Kg Bakar Batu di bawah Local Agenda 21. Solat Hajat melibatkan semua pelajar Tahun 6 dan ibu bapa serta guru-guru SKTBB. Solat hajat ini turut dihadiri oleh beberapa orang murid tahun lain bagi memeriahkan majlis. Dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah, bacaan Yaasin, Solat Isya' berjemaah dan seterusnya solat hajat. Para tetamu dijamu dengan nasi ambeng yang disediakan oleh pihak kantin. Jamuan makan dihidangkan secara dulang. setiap dulang dikongsi seramai empat orang. Majlis berakhir pukul 10 malam

Tuesday, May 4, 2010

SUKANTARA 2010 (Sesi Petang)


Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Padang , SKTBB

Menjelangnya kejohanan olahraga tahunan SKTBB yang ke-30, acara sukantara diadakan bagi mengumpul markah rumah sukan. Acara berlangsung pada hari tersebut adalah lompat jauh L dan P dan lari 100m L dan P. Acara yang berlangsung pada waktu petang adalah untuk murid-murid tahun 1 dan 2 sahaja. Acara petang itu berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik diberikan oleh guru-guru dan murid-murid.



.:: RIBUAN TERIMA KASIH DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU ::.