Monday, April 19, 2010

TAKLIMAT LINUS 2010

HARI : ISNIN
TARIKH : 19 APRIL 2010
MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TGAHARI

Taklimat LINUS ini bertempat di Dewan Besar SKTBB. Taklimat yang terdiri daripada semua guru sesi petang dan ibu bapa pelajar LINUS, iaitu murid tahun 1 Bersih. Taklimat ini bertujuan menberi pendedahan yang lebih luas mengenai program yang dijalankan untuk anak-anak mereka disekolah. Ibu bapa juga disaran untuk sama-sama membantu anak-anak mereka di rumah. Taklimat diberikan oleh Cik Hasura untuk Literasi dan Pn Norhazitah untuk Numerasi. Taklimat ini disudahi dengan pembacaan ikrar oleh pihak ibu bapa.


Wednesday, April 14, 2010

Latihan Sukan

SKTBB akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada 8 Mei 2010. Murid-murid dijadualkan untuk mengadakan latihan sukan pada setiap petang. Pada sesi petang, murid tahun 1 dan tahun 2 terlibat.

Sejarah

1950 an......

Pada tahun 1950 dengan berkat semangat gotong royong orang -orang kampung dengan & diketuai oleh Ketua Kampung ini iaitu Encik Hashim bin Mohd. Shah telah berusaha mendapatkan wang untuk membina sebuah sekolah rakyat di kampung ini. Hal ini telah diketahui oleh Pejabat Pelajaran Johor. Nazirnya pada masa itu ialah Allahyarham Tuan Syed Nasir bin Ismail. Beliau telah memperuntukkan jumlah yang wang sebanyak RM500.00 bagi tujuan pembinaan sekolah rakyat tersebut.Wang sebanyak RM500.00 ini tidak mencukupi bagi pembinaan tersebut. Maka penduduk kampung terpaksa mencari kayu-kayan di hutan pada waktu siangnya. Pada waktu malamnya artis-artis kampung ini telah memainkan peranan penting di samping itu, bintang-bintang filem Maryani dalam menjayakan usaha ini. Pementasan sandiwara ini telah diadakan beberapa kali sehingga mendapat wang secukupnya untuk membina sekolah ini.

Pada tahun 1950, terdirilah sebuah sekolah rakyat yang pertama di kampung ini dengan diberi nama Sekolah Melayu Bakar Batu. Sekolah ini terdiri daripada tiga buah bilik darjah.Terdapat seramai 140 orang murid pada masa itu dengan dua orang guru yang mengajarnya. Lama kelamaan penduduknya semakin ramai dan murid semakin bertambah. Pertambahan murid memerlukan pertambahan bilik darjah. Penduduk kampung telah berusaha untuk mendapatkan bantuan dari RISDA bagi membina sebuah sekolah lagi. Permohonann ini telah berjaya .Sebuah lagi sekolah dibinakan di bangunan Balai Raya sekarang yang telah dirasmikan pada 10 April 1951.Sekolah tersebut dikhaskan kepada murid -murid perempuan sahaja. Dengan itulah terdapatnya dua buah sekolah di kampung ini iaitu satu untuk murid lelaki dan satu lagi untuk murid perempuan.

2000......

Pada tahun 2000, bangunan empat tingkat telah siap dibina hasil daripada peruntukkan kerajaan (Blok A2). Dengan adanya bangunan empat tingkat ini, sekolah dapat menampung jumlah murid yang meningkat dan juga dapat mewujudkan bilik-bilik khas seperti Makmal Sains, Makmal Komputer, Bengkel kemahiran Hidup, Perpustakaan, Bilik Muzik, Bilik tayang, Bilik Guru, Bilik PAK, Bilik PPSMI dan Bilik SPBT.Sehingga kini, sekolah ini terdiri daripada lima buah bangunan (3 buah bangunan satu tingkat, 1 buah bangunan dua tingkat dan 1 buah bangunan empat tingkat).

.:: RIBUAN TERIMA KASIH DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU ::.