Saturday, March 27, 2010

PENTADBIRAN SEKOLAH

PENTADBIRAN SEKOLAH


TAHUN
BERKHIDMAT
NAMA GURU BESAR
1951 – 1955
En. Mustapha Bin Omar
1955 – 1967
Pn. Munipah Saadon (SK Perempuan)
1956 – 1969
En. Manshor B. Othman (SK Laki-laki)
1969 – 1975
YM. Raja Muhammad B. Raja Sulong
(Permulaan SK Tebrau Bakar Batu)
1975 – 1983
En. Mohamad Hyffney B. Anuar
1983 – 1985
Pn. Hjh. Siti Hendon Bt. Abdullah
1985 – 1988
Tn. Syed Mustaffa Bin Sulong
1988 – 1993
En. Ahmad Bin Husain
1993 – 1995
Tn. Hj. Mat Som Bin Jais
(Permulaan dikatogerikan Gred A)
1995 – 1997
Pn. Masnah Bt Mahmood
1997 – 1998
Pn. Sa’ah Bt Januri
1998 – 1999
Tn. Hj. Mohd Shariff Bin Khamis
1999 – 2004
En. Mohd. Supie Bin Ngadiman
2005 – 2006
Pn. Hjh. Hamidah Bt Sihap
2007 - 2010
Pn. Rohani Binti Zainuddin
2011 - sekarang
Tn Hj Mohd Kamilan B Hj Elias



MATLAMAT SEKOLAH

  • Meningkatkan kecemerlangan UPSR daripada 50% kepada  70% pada tahun 2010.
  • Menggalakan usaha secara muafakat antara sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.

PELAN SEKOLAH


http://sktbbjb.files.wordpress.com/2009/11/map-sek-1.png


http://sktbbjb.files.wordpress.com/2009/11/pelan-sekolah.jpg

MISI SEKOLAH

 Berusaha memperkembangkan potensi pelajar dari segi intelektual, kokurikulum dan
 sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 
  • Menerapkan pendidikan yang  berkualiti. 
  • Menyediakan iklim pendidikan yang kondusif.

LATAR BELAKANG

http://sktbbjb.files.wordpress.com/2009/11/sktbb.jpg
Kod Sekolah : JBA1026

Gred Sekolah : A

Kedudukan Sekolah : Dalam Bandar

Taraf Sekolah : SK bantuan penuh kerajaan

Jarak dari Bandar Raya : 7 km

Keluasan Tanah : 5 ekar

No. Telefon : 07-3335250

No. Fax : 07-3335250

Email : jba1026sktbb@hotmail.com

Nama asal sekolah :
  •  Sekolah Melayu Teberau Bakar Batu, Mukim Plentong, Johor Bahru.
  • SK Laki-laki Teberau Bakar Batu, Johor Bahru dan SK Perempuan Teberau Bakar Batu, Johor Bahru.
  • SK Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru.
SK Tebrau Bakar Batu adalah sekolah rendah di negeri Johor yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan iaitu pada tahun 1950 dan telah dirasmikan pada tahun 1951. Pembentukan nama sekolah ini diilhamkan daripada sumber persekitaran sekolah yang boleh ditafsirkan seperti berikut :

SEKOLAH : Institusi / bangunan tempat belajar.

KEBANGSAAN : Berasal daripada sekolah Melayu / sekolah umum.

TEBRAU : Sejenis tumbuhan iaitu ‘Pokok Tebrau’ yang banyak terdapat di sepanjang pantai paya bakau dan belukar air payau. Berdaun hijau, kuning dan coklat dengan ketinggian kira-kira 1 meter. Batangnya sebesar jari tetapi liat untuk dipatahkan. Banyak terdapat di persekitaran sekolah suatu masa dahulu.

BAKAR BATU : Sejenis perusahaan cara tradisional yang pernah dijalankan di sini secara kecil-kecilan untuk membuat batu bata merah bagi tujuan pembinaan untuk pemerintah British.


.:: RIBUAN TERIMA KASIH DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU ::.