Saturday, March 27, 2010

LATAR BELAKANG

http://sktbbjb.files.wordpress.com/2009/11/sktbb.jpg
Kod Sekolah : JBA1026

Gred Sekolah : A

Kedudukan Sekolah : Dalam Bandar

Taraf Sekolah : SK bantuan penuh kerajaan

Jarak dari Bandar Raya : 7 km

Keluasan Tanah : 5 ekar

No. Telefon : 07-3335250

No. Fax : 07-3335250

Email : jba1026sktbb@hotmail.com

Nama asal sekolah :
  •  Sekolah Melayu Teberau Bakar Batu, Mukim Plentong, Johor Bahru.
  • SK Laki-laki Teberau Bakar Batu, Johor Bahru dan SK Perempuan Teberau Bakar Batu, Johor Bahru.
  • SK Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru.
SK Tebrau Bakar Batu adalah sekolah rendah di negeri Johor yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan iaitu pada tahun 1950 dan telah dirasmikan pada tahun 1951. Pembentukan nama sekolah ini diilhamkan daripada sumber persekitaran sekolah yang boleh ditafsirkan seperti berikut :

SEKOLAH : Institusi / bangunan tempat belajar.

KEBANGSAAN : Berasal daripada sekolah Melayu / sekolah umum.

TEBRAU : Sejenis tumbuhan iaitu ‘Pokok Tebrau’ yang banyak terdapat di sepanjang pantai paya bakau dan belukar air payau. Berdaun hijau, kuning dan coklat dengan ketinggian kira-kira 1 meter. Batangnya sebesar jari tetapi liat untuk dipatahkan. Banyak terdapat di persekitaran sekolah suatu masa dahulu.

BAKAR BATU : Sejenis perusahaan cara tradisional yang pernah dijalankan di sini secara kecil-kecilan untuk membuat batu bata merah bagi tujuan pembinaan untuk pemerintah British.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.

.:: RIBUAN TERIMA KASIH DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU ::.